|
|
- Kata tanya ialah ayat yang digunakan untuk bertanyakan tentang sesuatu perkara.
- Selalunya kata tanya akan diikuti dengan kata penegas -kah yang hadir pada penghujung ayat.
- Ayat tanya selalu di tutur dengan menggunakan nada yang tinggi sebelum menjadi rendah pada akhir ayat.
|
|
Fungsi dan Jenis Kata Tanya |
|
 |
|
Di bawah adalah fungsi dan jenis-jenis kata tanya.
Jenis kata tanya |
Fungsi kata tanya |
Siapa |
Digunakan untuk bertanya mengenai orang atau manusia |
Apa |
Digunakan untuk bertanya mengenai sesuatu yang tidak pasti |
Mana |
Digunakan untuk menanyakan sesuatu yang melibatkan arah atau tempat |
Bila |
Digunakan untuk bertanya mengenai masa atau sesuatu tempoh masa |
Berapa |
Lazimnya, digunakan untuk bertanya mengenai jumlah atau harga |
Mengapa |
Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku dengan lebih terperinci |
Kenapa |
Digunakan untuk mengetahui sebab perkara itu berlaku |
Bagaimana |
Digunakan untuk menanyakan keadaan atau cara untuk melakukan sesuatu |
|
|
Berikut adalah contoh kata tanya
Kata tanya |
Contoh ayat |
Siapa |
Nama awak siapa ? |
Bila |
Bila ibu akan bertolak ke Kuala Lumpur ? |
Berapa |
Berapa orang yang menyertai rombongan itu? |
Bagaimana |
Bagaimana kamu boleh terlibat dalam kes tersebut? |
|
|
Struktur Kata Tanya |
|
Kata tanya boleh dibahagikan kepada dua struktur iaitu
- Kata tanya pada awal ayat perlu disertakan partikel '-kah.'
- Kata tanya mesti diakhiri dengan tanda tanya '?'
- Kata tanya boleh juga hadir dalam bentuk ayat pasif
|
|
Berikut ialah contoh kata tanya pada awal ayat dan pada akhir ayat
Kata tanya pada awal ayat |
Kata tanya pada akhir ayat |
Siapakah yang datang ke rumah tadi ? |
Ibu pergi ke pasar dengan siapa ? |
Bilakah Aiman akan bertolak ke ibu kota ? |
Bila kamu hendak membeli barang itu ? |
Bagaimanakah cara hendak membuat kek pisang ? |
Dalam beg kamu ada apa ? |
Mengapakah Ali tidak hadir ke sekolah ? |
Kerja rumah yang diberi oleh cikgu sudah siap ? |
|